Microsoft Powerpoint (Advokasi)

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas advokasi kepada para peserta sekolah rendah. Kelas advokasi ini mengambil pendekatan yang berlainan iaitu para peserta diberikan beberapa topik seperti buli siber, maklumat palsu, panggilan palsu, permainan atas talian, dan E-Waste untuk dijadikan slide menggunakan Microsoft Powerpoint. Para peserta mencari maklumat yang diperlukan menggunakan Google Chrome. Para peserta dikehendaki untuk mencari maksud topik-topik tersebut. Selain itu, untuk setiap topik mereka dikehendaki mencari contoh, punca, kesan, ataupun cara mencegah sesuatu topik tersebut agar slide yang mereka buat padat dengan informasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali